menu melayang

Thursday, March 22, 2012

Kesalahanku

KESALAHANKU
Puisi Eiman Amani

Seandainya takdir yang sedang kita lewati ini
Boleh di undurkan kembali….
Aku akan minta agar kita tidak di perjodohkan.
Namun ia telah tersurat…
Dan aku mulai ikhlas menerima kamu
Dengan apa adanya kamu

Ketika hati sendiri berbicara
Aku mulai sedar…
yang aku tidak layak menjadi
sebahagian dalam hidup mu
merasai bahagia bersamamu…

kerana…

akulah lelaki yang tidak bisa kau cintai..
akulah lelaki yang tidak perlu kau hormati
akulah lelaki yang selalu menyakiti hati
aku terlalu….terlalu pentingkan diri sendiri
sehingga rezeki yang kamu miliki
aku dayus merampasnya..

Pernah satu saat aku sering menyiksa jiwa ragamu
Kini pun kau sentiasa dibelenggu oleh aku
Tiada sedikit pun sesal dalam hati ini
Hanya penuh ego aku menindas kamu
Ibarat api ditambah minyaknya
Tiada kesudahan yang damai 

Bila semuanya itu  telah reda
Dan akal pun bijak bertanya waras
Jauh disudut hati aku bersalah
Dan kecewa dengan sikapku
Sedih hanya sendirian
Melihat kamu, aku malu
Entah mengapa aku sebegini
Sedangkan bertahun bercinta
Tidak secubit pun aku berani
Perlaku kamu seperti hari ini

Sayang… maafkan aku atas semua keterlanjuran ini
Hukumlah aku kiranya kamu mahu
Aku relakan sesungguhnya aku yang tidak sedar diri
Tidak pula menghargai kamu seperti nyawa ku sendiri
Sayang…doakanlah ke hadrat illahi…
Agar aku mati sebelum kamu
Agar kamu lebih selesa menikmati hidup ini…

Eiman Amani / papermen15@yahoo.com / malaysia / 017 3526162

Blog Post

Related Post

Back to Top

Cari Artikel

Arsip Blog